[Siri Penerangan Pindaan Akta RUU 355: Ahli Parlimen Muslim Wajib Menyokong]

8d04f64b-75d3-489d-a785-5f4c1becb729

Saidina Ali R.A berkata:

“Prinsip keadilan merupakan prinsip yang signifikan dalam memelihara keseimbangan masyarakat dan/dengan mendapat perhatian.”

Ibn Farhun dalam menjelaskan siyasah‘adilah atau pemerintahan dan pentadbiran yang adil dengan mengembalikan hak pihak yang dizalimi di samping menghapuskan segala bentuk kezaliman, membanteras kerosakan bagi mencapai maksud syariat atau maqasid syariah. Ini kerana syariah akan sentiasa memelihara hak-hak manusia dan menutup pintu-pintu kezaliman dan kerosakan.

Sifat dan tabiat yang adil mencerminkan kesempurnaan akal dan akhlak dalam menjanjikan kebahagiaan hakiki.

Keadilan di sisi Islam salah satunya adalah dengan mengakui sifat holistik (syumuliah) dengan cara berusaha untuk mempraktikkan Islam sebagai satu panduan hidup yang sempurna. Dalam
Surah al-Ma’idah, Allah berfirman berkenaan perlakuan adil yang mesti ada pada manusia.

Firmannya:

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ
قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا
تَعْمَلُونَ)

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Surah al-Ma’idah :8)

Allamah Ibn ‘Asyur berkata: “Kemudian diikuti dengan pelbagai hukum muamalat berkaitan diantara lelaki dan perempuan, maka ia sepenting-penting perkara yang ditunjukkan ialah keadilan dan penyaksian, dan ia didahulukan daripada yang lain.

SUMBER: BAYAN LINNAS MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Penerangan dan Informasi,

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia,
GAMIS 2016/2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!