[Siri Penerangan Pindaan AKTA RUU 355: Keperluan Penambahbaikan AKTA 355 Dari Sudut Perundangan]

 

12345

• Walaupun sedikit sahaja aspek yang terkesan dengan pindaan, implikasinya ke atas kuasa negeri berkenaan kesalahan Syariah adalah sangat besar.

• Halangan bidang kuasa di dalam Akta 355 ini merupakan cabaran besar dalam memperkasa hukuman kesalahan-kesalahan Syariah, sekiranya mahu ditambah jumlah dan tahap hukuman kepada kesalahan Syariah.

• Hal ini berikutan tidak semua hukuman syariah berada di bawah paras hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi 6 kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

• Justeru, akta ini perlu dipinda supaya relevan dengan tuntutan syarak. Ia adalah bidang tugas Parlimen Persekutuan, kerana ia adalah sebuah akta yang diterima pakai di semua negeri.

• Cadangan pindaan perlu dilakukan di peringkat Persekutuan kerana ia adalah undang-undang Persekutuan sekali pun yang tercatat dalam Butiran 1, Senarai
Negeri. Memandangkan ia adalah keperluan Perlembagaan, adalah tidak munasabah untuk membuat suatu tanggapan bahawa Akta 355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

• Frasa as conferred by federal law amat jelas dan nyata memerlukan penggubalan akta ini. Jika pada tahun 1984 ia telah ditambah baik, masakan setelah 32 tahun penambahbaikan tidak boleh dilakukan.

• Hanya setelah had maksima hukuman yang ditetapkan oleh Akta 355 ditingkatkan barulah hukuman yang bersesuaian boleh ditentukan di dalam enakmen-enakmen Syariah di negeri-negeri.

• Secara ringkasnya, Enakmen atau Akta Jenayah Syariah telah memperuntukkan kesalahan-kesalahan jenayah seperti berikut:

i. kesalahan yang berhubung dengan akidah;
ii. kesalahan berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya;
iii. kesalahan berhubung dengan rukun Islam, arak, judi dan kesusilaan;
iv. kesalahan seksual;
v. kesalahan berhubung dengan kesejahteraan orang lain; dan
vi. kesalahan pelbagai;

• Manakala Enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam pula mengandungi:

i. penalti berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan; dan
ii. penalti am.

• Langkah yang bersejarah ini juga sebenarnya menyahut seruan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku al-Haj Abdul Halim Mu`adzam Shah Ibni al-Marhum Sultan Badlishah dalam titah baginda sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas pada 7 Mac 2016 yang menyebut:

“Beta menyokong penuh segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan dan dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas dan damai di negara ini.

Beta berharap langkah-langkah ke arah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan perlaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan mahkamah syariah dapat disegerakan.

Isu-isu keagamaan perlu dirujuk kepada pihak berautoriti agama dan tidak wajar dibuat tafsiran secara individu atau berkelompok kerana boleh mencetuskan kecelaruan, ketegangan dan konflik dalam masyarakat.”

SUMBER: BAYAN LINNAS MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Penerangan dan Informasi,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia,
GAMIS 2016/2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!