[Siri Penerangan Pindaan Akta RUU 355: Kronologi Bacaan Usul RUU Persendirian]

Untitled-1

• Usul RUU Persendirian telah dibacakan oleh Ahli Parlimen Marang YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 yang lalu.

• RUU Persendirian ini dimuat naik dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) parlimen dikedudukan ke 15 pada awal pagi persidangan tersebut.

. Selepas sesi rehat pada jam 2.30 petang, YB Menteri Hal Ehwal Parlimen, Dato’ Azalina Othman melalui Aturan Mesyuarat 14(2) telah mengusulkan agar RUU Persendirian YB Marang Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang didahulukan.

• Sebaik sahaja Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia ingin menjemput YB Marang membentangkan RUU Persendirian Pindaan Akta 355 yang bertujuan untuk memperkasa Institusi Mahkamah Syariah, Ahli-Ahli Parlimen dari parti DAP bangun membantah dan cuba menghalang keputusan Tan Sri Speaker.

. Turut bangun mempersoalkan kenapa RUU Persendirian YB Marang diberi laluan didahulukan ialah Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara, PAN.

• YB Kota Bharu Dato’ Takiyudin Hassan dan YB Kuala Nerus Dato’ Dr. Khairudin Aman Razali antara yang sempat berdiri bagi mempertahankan kewajaran RUU Persendirian ini dibentang.

. Akhirnya Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Speaker Dewan Rakyat membenarkan YB Marang membentangkan Pindaan Akta 355.

• Sebaik sahaja selesai membentang RUU Persendirian tersebut, YB Marang memilih untuk menangguhkan perbahasan bacaan kali pertama ke persidangan parlimen akan datang.

. Bacaan kali pertama akan diadakan pada Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Parlimen iaitu pada 17 Oktober 2016 akan datang.

. Ikuti sesi pembentangan usui ini di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu di http://youtu.be/SDo2fwWeHBY

¤ Nantikan siri penerangan seterusnya dari kami…

#MahasiswaSokongPindaanAkta355
#BeyondSharingInformation

Majlis Penerangan dan Informasi,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia,
GAMIS 2016’17

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!