[Siri Penerangan Pindaan Akta RUU 355: RUU 355 – Menaiktaraf Syariat Islam]

WhatsApp Image 2016-09-07 at 00.58.58

• Akta 355 merupakan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen bagi menentukan had bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman ke atas orang-orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah agama Islam.

• Akta ini menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman kesalahan Syariah yang boleh digubal oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.

• Rang yang dibacakan oleh YB Marang, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 26 Mei lalu mengandungi 2 cadangan pindaan, iaitu :-

i. Menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:

“2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan”,’ dan

ii. Memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut:

“2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati”

• Cadangan pindaan yang dibentangkan jelas menunjukkan ianya hanya berhasrat untuk memberi kuasa kepada mahkamah syariah, menaiktaraf dan dimuliakan sebagaimana syariat Islam itu sendiri.

• Ianya sama sekali tidak menyentuh mana-mana aspek sensitiviti apatah lagi menindas pihak lain; malah cadangan ini telus kearah pemerkasaan undang-undang yang lebih praktikal untuk dilaksanakan.

• Allah S.W.T berfirman:-

(وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا)
Maksudnya:-

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”

[Surah Al-Ahzab: 36]

#MahasiswaSokongPindaanAktaRUU355

Majlis Penerangan dan Informasi,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia,
GAMIS 2016/2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!