SMART TAG RAMADHAN : BERSAMAMU MUALLAF

|

Alhamdulillah di beri kesempatan oleh Ilahi untuk meneruskan ibadah di dalam madrasah ramadhan kali ini dengan siri-siri program anjuran Majlis Dakwah dan Kebajikan GAMIS.

Semalam, Usai sudah program Bersama Warga Penduduk Desa Al- Mansuriah (Kampung Muallaf) di Dengkil dengan kolaborasi bersama ALAM KUIS. Program bermula jam 4 petang hingga 11 malam.

Konvoi “Ride for Love” bermula dari KUIS menjadi pesona tarikan mahasiswa utk turut serta di dalam program ini.

Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti gotong royong, iftar, solat berjemaah, terawih, tazkirah dan pemberian sumbangan kepada semua keluarga yang tinggal di sana.

Cukup membahagiakan dapat bersama dengan mereka. Sambutan mereka cukup baik malah ikatan kekeluargaan terpancar. Celoteh anak kecil sangat menghiburkan hati. Mereka punya masa depan yang cerah untuk islam. Moga mereka menjadi anak yang soleh/ah dan menjadi pendakwah di jalan Allah kelak

Kehadiran ini bukanlah penamat, beberapa perkara yang dibincangkan memerlukan perhatian daripada pihak kami. InsyaAllah beberapa tindakan akan di ambil untuk memberi keselesaan kepada mereka pada masa akan datang.

Coretan Buatmu,Sang Murabbi?

“Terus Melangkah Bersama”
Majlis Dakwah & Kebajikan
GAMIS 2015/2016

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!