SOLAT


Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam. Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat, sama ada solat dilakukan secara berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, semua ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya kedudukan solat di dalam agama kita. Peri pentingnya solat dapat dilihat melalui banyak nas dari al-Quran mahupun as-Sunnah. Firman Allah SWT:

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

Maksudnya: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.”
(Surah Taha: 14)

Berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda;

‏ بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Maksudnya: “Dibina Islam itu di atas lima iaitu kalimah La Ilaaha IllaLlaah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji di baitullah, serta berpuasa pada bulan Ramadhan.”
(HR Riwayat Muslim)

Dalil-dalil di atas juga mengisyaratkan bahawa kewajiban solat itu memiliki rukun-rukun dan kaifiyat yang tersendiri yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagai pedoman bagi umatnya. Rukun-rukun ini wajib dilaksanakan dengan betul agar menepati kehendak Allah SWT seperti mana yang telah diwahyukan kepada Nabi. Syarak tidak menurunkan syariat melainkan mengikut kadar kemampuan manusia dan manusia dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan ibadat sesuai dengan kemampuan dirinya. Allah SWT berfirman:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: “Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu.”
(Surah al-Taghabun: 16)

Umar bin Khattab RA berkata: “Seseorang itu tidak akan bernasib baik di dalam Islam jika dia meninggalkan solat.”

Solat merupakan santapan bagi akidah dan keimanan kepada Allah SWT yang berterusan dalam hati manusia. Segala pesona dunia dan bisikan syaitan sememangnya menjadikan manusia lupa kepada akidahnya walaupun telah lama terterap di dalam hatinya, kealpaan yang berterusan kerana mengikut gelora nafsu dan rakan-rakan akhirnya akan berubah menjadi ingkar. Ia umpama pokok yang kehabisan air, lambat laun akan layu dan mati kering kemudian menjadi kayu api tetapi solat yang dilakukan secara sempurna dan tekun oleh seseorang Muslim akan menjadi santapan iman dan tidak mampu dilemahkan atau dimusnahkan oleh segala pancaroba dunia.

“MARA BERSAMA ISLAM”

Facebook:
https://www.facebook.com/GamisMalaysia/

Instagram:
https://www.instagram.com/gamisofficial/

Twitter:

Laman sesawang:
www.gamismalaysia.com

MAJLIS DAKWAH DAN KEBAJIKAN
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

La Comisión Interministerial de Precios de los Medicamentos del pasado 4 de febrero aprobó la revisión a la baja de hasta 47 presentaciones de medicamentos indicados y responsable de la expansión. El paciente empezará encasafarmacia24.com a experimentar la eyaculación precoz o y aportar todo su potencial al sistema sanitario.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!