Street Dakwah 2.0 : Apa itu hudud?

10259961_401726879968353_7899967610004074844_nMASJID JAMEK : 20 April semalam berlangsungnya Street Dakwah 2.0, dengan tema “Apa Itu Hudud”. Program street dakwah ini dikelolakan oleh Majlis Dakwah dan Kebajikan (MDK) GAMIS, diketuai oleh Pengerusi MDK Ahmad Fahmi dan Illeya. Tempat yang disasarkan pada kali ini ialah sekitar Masjid India dan KL Sentral.

Sesi teori dan sedikit pengisian dijalankan di waktu pagi, manakala sesi praktikal street dakwah diteruskan selepas selesai solat zohor berjemaah. Meskipun hujan lebat dan sekejap-sekejap renyai-renyai, namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat mahasiswa mahasiswi yang terlibat dalam menyertai street dakwah kali ini. Risalah yang mengandungi perkara-perkara penting dan ringkas berkenaan hudud diedar kepada khalayak ramai, bersama dengan ‘lidi-lidi cinta’ yang mengandungi pesanan ringkas mengenai Islam.DSC_0995

Beberapa orang yang berminat bertanya sedikit sebanyak perihal hudud. Mahasiswa yang menyertai street dakwah, menerangkan dengan mudah difahami. Di samping bertanya, ada juga orang ramai yang memberi pendapat dan berkongsi pengetahuan perihal hudud dengan peserta street dakwah.

Pihak GAMIS mengharapkan dengan usaha yang kecil ini, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia boleh membuka mata untuk mengetahui dan tidak salah faham dalam kes hudud.

 

DSC_1002

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!