Tabung Dana Palestin

13886898_784549195019451_6756712124192883802_n

Pada Februari yang lalu, delegasi GAMIS yang diwakili oleh Presiden dan Naib Presiden GAMIS ke Turki bagi menghadiri Persidangan Mahasiswa Antarabangsa bertemakan “Selamatkan Al-Aqsa”. Maka secara rasminya GAMIS menjadi salah sebuah persatuan yang bernaung dibawah Gabungan Mahasiswa Antarabangsa “Demi al-Quds”.

Resolusi daripada persidangan tersebut ialah pembinaan perpustakaan elektronik disana untuk kegunaan pelajar di Palestin, tajaan sepenuhnya daripada Gabungan. Oleh itu, setiap gerakan seluruh negara termasuk GAMIS perlu bekerja keras untuk mendapatkan dana bagi tujuan itu.

Oleh yang demikian, GAMIS akan melancarkan “Tabung Dana Palestin” yang akan memberi fokus terhadap perkara ini dan isu Palestin. Maka, kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyumbang untuk salurkan bantuan ke:

Akaun Maybank GAMIS (562834644974)

Inilah masanya untuk kita membantu Palestin dengan lebih signifikan. Ayuh bersama berjuang untuk kesejahteraan muslim disana dan sebagai tempat mulia umat Islam.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Syaqirin (0193776182)
Asmaa (0134704722)

Majlis Dakwah & Kebajikan,
Jaringan Antarabangsa,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!