Tahniah Khairul Idham Pawi

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat saudara Khairul Idham Pawi atas kejayaan beliau menjuarai Siri Kejohanan Moto GP Dunia sekaligus merupakan anak Malaysia pertama yang memperoleh gelaran itu.

Bukan sahaja kejuaraan yang diraih itu yang dibanggakan, malah GAMIS turut kagum dengan imej Islam yang di bawa oleh beliau. Jelas terbukti apabila beliau berlari dan mengelak semasa kemenangannya cuba diraikan dengan arak di atas podium.

Kami berdoa semoga saudara Khairul Idham terus sukses dalam bidang yang diceburi dan membawa mesej Islam dimana sahaja anda berada. Semoga beliau menjadi ikon pemuda lain di luar sana. Mantap Rohani dan Jasmani, inilah yang diimpi!

Majlis Penerangan & Informasi,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia,
GAMIS 2016/2017.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!