Tahniah Pasukan Debat UIA & USIM


Dua pasukan debat dari Malaysia telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa pada Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) 2017 yang bertempat di Doha, Qatar.
Pasukan debat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) masing-masing muncul sebagai naib juara dalam kategori yang berbeza.
UIAM yang dibarisi oleh Abd Rahim Elias, Mohamad Ikmal Hakimi Mohamad Helmi, Muhammad Nazri Rostam dan Muhammad Nurfirman Mohamed muncul sebagai naib juara dalam kategori terbuka. Ini merupakan pertama kali pasukan yang diwakili oleh bukan penutur asal bahasa Arab berjaya menjejakkan kaki ke peringkat akhir ketegori terbuka sepanjang sejarah penganjuran IUADC.
USIM pula diwakili oleh Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, Anis Amirah Zakaria, Nur Akma Mohd Dali, dan Muhammad Syafiq Suhaimi muncul sebagai naib juara dalam kategori bukan penutur bahasa arab.
Lebih membanggakan, pendebat USIM iaitu Nur Akma Mohd Dali dan Muhammad Nurfirman Mohamed dari UIAM turut disenaraikan di ranking kedua dan ketiga terbaik keseluruhan bagi kategori bukan penutur Arab di IUADC 2017.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada semua pendebat dari Malaysia yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang pertandingan berlangsung. 

Moga kejayaan ini menjadi inspirasi buat kita semua.
Tahniah!
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!