“Tajuk Tidak Jelas”: Forum Hudud UIA Dibatalkan

10313041_664718206917043_7314528237148641928_nGOMBAK – Program ilmiah anjuran Persatuan Mahasiswa Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IRKHSS) di UIAM bertajuk “Hudud: Kefahaman Sebelum Perlaksanaan” dibatalkan saat-saat akhir oleh pihak pentadbiran disebabkan alasan “tajuk tidak jelas”.

Meskipun program telah diluluskan dengan bukti kukuh yang jelas dan bertulis, namun program tersebut dibatalkan bahkan mahasiswa dihalang oleh pihak pengawal keselamatan dari memasuki dewan program dianjurkan.

Dewan yang sepatutnya diadakan forum tersebut ditutup, dikunci dan dimatikan penghawa dingin tanpa alasan yang kukuh. Namun begitu, pihak penganjur mengambil inisiatif tetap meneruskan  program di luar dewan dengan membentang tikar bagi para hadirin duduk.

Menurut salah seorang Exco Persatuan, Nizamuddin Arif beliau memaklumkan bahawa pihak penganjur mendapat makluman program dibatalkan saat-saat akhir sejam sebelum program berlangsung.10361302_798358780176930_8733406084704560105_n

“Hal ini sangat tidak masuk akal, program dibatalkan dengan alasan tajuk tidak sesuai sedangkan program tersebut sudah lama mendapat kelulusan pihak pentadbiran. Apakah semua ini?”

“Panelis sudah memberi makluman akan hadir. Tindakan ini sungguh memalukan kami selaku penganjur,” kata beliau.

Beliau yakin pembatalan program didalangi oleh pihak-pihak berkepentingan politik. Meskipun begitu, pihak penganjur akan melakukan siasatan dan mendesak pihak pentadbiran memberi jawapan dengan segera.

Sebelum ini beberapa siri-siri pembatalan program di UIA dilakukan melibatkan pihak berkepentingan politik antaranya program forum bersama Presiden MPP UIAM, program Kuliah Ustaz Azhar Idrus, program dialog bersama Dato’ Saifuddin Abdullah, program K-Fiqh dan beberapa program yang dianjurkan mahasiswa.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!