Takziah Tuan Guru Haji Salleh Musa

13782216_773548026119568_1700174007008968034_n

إنا لله وإنا إليه راجعون

GAMIS merakamkan sekalung ucapan takziah atas pemergian Al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh Musa kira-kira pada jam 8.15 malam sebentar tadi.

Al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh Musa menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar jam 8.15 malam, sebentar tadi dalam usia 87 tahun.

GAMIS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Al-Marhum dan menganggap pemergian Al-Marhum sebagai satu kehilangan besar dan sukar dicari ganti.

Kami anak muda menyanjung tinggi segala ilmu yang telah dicurahkan oleh Al-Marhum disepanjang hayatnya sebagai seorang tokoh ulamak yang gigih serta istiqomah dalam menyampaikan tugas dakwah Islamiah.

Solat jenazah Al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh dijadualkan akan dilangsungkan pada jam 10.00 pagi, esok (23 Julai) di Madrasah Ar-Rahmaniah, Pekan Sik.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan orang-orang yang soleh. Amiin.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!