TANGGUH PENGAJIAN KERANA INGIN JAGA IBU SAKIT KANSER

MAKLUMAN GAMIS YOUTH RELIEF DENGAN KERJASAMA PERSADA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Dato/Datin, Tuan/Puan dan juga kepada para dermawan yang dirahmati Allah sekalian.

Kami Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia dengan Kerjasama Persatuan Mahasiswa Darul Aman ingin mewar-warkan mengenai

SUMBANGAN BUAT MOHD KHIRUL ADHAR DAN IBUNYA

Latar belakang penerima sumbangan adalah seorang pelajar semester 3 daripada jurusan Diploma Al-Quran Dan As-Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd Khirul Adhar Mat Isa yang telah menangguhkan pengajiannya demi menjaga ibunya yang menghadapi kanser di rumahnya.

Justeru, kami selaku wakil mahasiswa turut rasa bertanggungjawab untuk memberikan bantuan dan memohon sumbangan khususnya kepada mahasiswa/wi dan masyarakat umumnya, agar dapat memberikan sumbangan berbentuk wang kepada pelajar tersebut supaya dapat sedikit sebanyak meringankan beban dan mempermudahkan urusan Mohd Khirul Adha untuk menjaga ibunya.

Sekali lagi kami menyeru, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan dan mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan pelajar ini dan mengharapkan semoga Allah memberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik kepada ibu beliau.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun berikut :

Maybank : 152023491869

Atas Nama – : Mohd Khirul Adhar

Untuk pertanyaan boleh hubungi :
Mohd Khirul Adhar 013-491 2208

Atau Wakil kami (GYR) :
Syed Syazwan : 017-280 5851

Dan Wakil (PERSADA)
Aimran : 013 – 516 7452

“Istiqamah Bersama Islam”

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia 2018 dengan Kerjasama Persatuan Mahasiswa Darul Aman

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!