TAWARAN SUMBANGAN PENULISAN SEMPENA PENERBITAN BUKU 30 TAHUN GAMIS

TAWARAN SUMBANGAN PENULISAN SEMPENA PENERBITAN BUKU 30 TAHUN GAMIS
4 September 2019M | 5 Muharam 1441H

TAWARAN SUMBANGAN PENULISAN SEMPENA PENERBITAN BUKU 30 TAHUN GAMIS4 September 2019M | 5 Muharam 1441HBersempena ulang…

Posted by Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia – GAMIS on Rabu, 4 September 2019

Bersempena ulang tahun ke-30 penubuhan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), GAMIS bakal mengadakan sambutan mega “Jubli Mutiara GAMIS” pada 4–5 Oktober 2019 nanti.

Oleh hal demikian, Jabatan Kajian & Intelektual (JKI) GAMIS ingin menyemarakkan sambutan yang bermakna ini dengan menawarkan suatu pelaburan saham akhirat, iaitu “Tawaran Sumbangan Penulisan Sempena Penerbitan Buku 30 Tahun GAMIS”.

Setiap penulisan yang dihantar akan diabadikan dan diterbitkan dalam Buku 30 Tahun GAMIS tersebut.

Penilaian dan pemilihan penulisan akan dibuat berdasarkan kekreatifan cara penyampaian dan nilai-nilai Islam yang terdapat dalam karya tersebut.

TATACARA PENYERTAAN

A) Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa seluruh Malaysia.

B) Format penulisan adalah bebas (contoh: pengalaman, makalah, dan sebagainya) namun perlu ada kaitan dengan GAMIS.

C) Karya mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, menggunakan perisian Microsoft Word, fon Times New Roman, bersaiz 12, dan langkau 1.5.

D) Karya tersebut bukan karya plagiat (mesti asli).

E) Semua karya yang dihantar menjadi hak mutlak JKI GAMIS dan berhak menyiarkan mana-mana karya yang terpilih ke dalam Buku 30 Tahun GAMIS.

F) Karya mestilah dihantar sebelum atau pada 22 September 2019 kepada e-mel JKI GAMIS: jabatankajianintelektual@gmail.com

Sekian, terima kasih.

“MARA BERSAMA ISLAM”

JABATAN KAJIAN DAN INTELEKTUAL
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!