TAZKIR TARBAWI 2: DUGAAN DAN UJIAN PARA DAIE

TAZKIR TARBAWI 2: DUGAAN DAN UJIAN PARA DAIE
23 Ogos 2019M | 22 Zulhijjah 1440M

TAZKIR TARBAWI 2: DUGAAN DAN UJIAN PARA DAIE23 Ogos 2019M | 22 Zulhijjah 1440MDalam proses menyampaikan dakwah,…

Posted by Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia – GAMIS on Khamis, 22 Ogos 2019

Dalam proses menyampaikan dakwah, seorang daie memerlukan kepada persediaan dan kelengkapan yang cukup agar dakwah yang disampaikan mendapat rahmat daripada Allah SWT dan diterima oleh masyarakat.

Rintangan perjuangan dalam kehidupan seorang pendakwah memerlukan kepada persediaan dan kelengkapan bagi mengatasi sekurang-kurangnya 5 jenis dugaan yang menimpa seorang muslim, lebih-lebih lagi seorang Daie yang beriman kepada Allah, Rasul dan al-Quran.

1. Orang mukmin yang dengki padanya
2. Orang munafiq yang membencinya
3. Orang kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang hendak menyesatkannya
5. Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

Ketabahan dan istiqamah merupakan kunci terakhir untuk mendapat kejayaan di sisi Allah SWT. Berapa ramai orang yang ingin berbakti sebagai pendakwah namun akhirnya kelayuan sebelum sempat untuk berkembang. Allah SWT berfirman:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ (142)

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”
(Surah Ali Imran: 142)

“MARA BERSAMA ISLAM”

MAJLIS TARBIAH DAN KEPIMPINAN NASIONAL
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#TarbiahPemangkinNegarawanTarbawi
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!