Tazkir Tarbawi

Tarikh : 11 OGOS 2016

》SYUKUR《

 

13901509_784112991729738_7743342588545249199_n

ALLAH S.W.T berfirman :

يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِنْ مَحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَاسِيَاتٍ ۚ اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا ۚ وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

Ertinya : Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

Ayat tersebut merupakan ayat ke 13 daripada Surah Saba.

?Petikan ayat ” ۚ اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا” Firman ALLAH S.W.T yang membawa maksud ‘berkerjalah hai keluarga daud untuk bersyukur’ iaitu, Kami katakan kepada mereka : “Berkerjalah kalian, sebagai tanda syukur atas segala nikmat yang diberikan kepada kalian dalam agama dan dunia. Syukur dapat dilakukan dengan perbuatan dan dapat pula dilakukan dengan perkataan dan niat.

?Manakala, petikan ayat ” ۚ وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ” merupakan firman ALLAH S.W.T yang membawa maksud ‘ Dan sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yang berterima kasih’, ianya adalah khabar tentang kenyataan.

?Wahai ummat sekalian alam, bersyukurlah dalam apa jua keadaan, baik dalam kesusahan mahupun dalam kesenangan.

?Ucaplah ALHAMDULILLAH sebagai tanda terima kasih kita kepada Sang Pencipta atas segala nikmat kurniaanNYA. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit itu. InshaaALLAH.

” _الحمدلله رب العلمين_ ”

[ Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional,GAMIS ]

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!