Tazkir Tarbawi

Tarikh : 27 MEI 2016

》TAHAJJUD《

ALLAH S.W.T berfirman :

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Seringkali kita berjanji pada diri kita untuk bangun melaksanakan solat tahajjud. Walaubagaimanapun, selalu sahaja ada halangan dan alasan yang menyebabkan kita alpa sehingga meninggalkan amalan tahajjud.

Alasan-alasan dan halangan-halangan tersebut kadangkala logik untuk dijadikan alasan tetapi boleh jadi juga perkara tersebut datang daripada hati dan diri kita yang bersifat malas untuk melakukannya.

Oleh yang demikian, seharusnya kita bertanya kepada diri kita sendiri beberapa persoalan yang dapat membantu menyedarkan diri kita dan mengatasi rasa malas, mengantuk dan berjuta alasan lain yang menghalang kita daripada mengerjakan solat tahajjud.

Antara persoalannya yang boleh kita persoalkan pada diri kita adalah :

1. Adakah saya sedar akan kelebihan solat sunat tahajjud?
2. Kenapa saya perlu bertahajjud?
3. Adakah saya pernah berusaha dan mencari ruang dan peluanh untuk bertahajjud?
4. Adakah saya tulus menghargai nikmat yang ALLAH kurniakan kepada saya?
5. Apakah perkara yang sedang saya kejar pada ketika ini?

Daripada persoalan-persoalan di atas, hayati dan pilihlah persoalan yang dapat menginsafkan diri kita.

Wahai saudaraku sekalian, sesungguhnya hanya segelintir sahaja ummat yang dapat melaksanakan amalan solat sunat tahajjud secara berterusan dan penuh keikhlasan sepanjang kehidupannya.

Bersamalah kita berusaha untuk menjadikan solat sunat tahajjud sebagai amalan. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit itu. InshaaALLAH.

” _اللهم اجعلنا من أهل التهجد_ ”

[ Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional,GAMIS ]

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!