TINTA RAMADHAN 2.0 (2 Ramadhan 1439H/18 Mei 2018M)

BERTRANSAKSI ROHANI DENGAN BERSEDEKAH SETIAP HARI

Buat semua sahabat yg dirahmati Allah,

Imam Ibnu Atho’illah menegaskan di dalam kitab Taj al-‘Arus bahawa ketika matahari terbenam, pastikan engkau telah bertransaksi dengan Allah SWT. Bersedekahlah setiap hari, meskipun hanya seperempat dirham agar engkau tercatat dalam golongan kaum yang gemar bersedekah.

Jangan sesekali kau katakan, “Kalau hanya mempunyai makanan untuk satu atau dua hari, bagaimana hendak bersedekah?” Sebab Allah telah berfirman, “Hendaklah orang yang memiliki kelapangan mengeluarkan harta sesuai mengikut kemampuannya, dan orang yang disempitkan rezekinya mengeluarkan sebahagian daripada harta yang Allah berikan.” (At-Thalaq 65:7)

Sesungguhnya perumpamaan orang miskin yang engkau beri sedekah adalah seperti tunggangan yang membawa bekalmu menuju ke akhirat.

Semoga amalan sedekah di bulan Ramadhan ini menjadikan kita hamba yg lebih bersyukur kpd Allah sekaligus melipat gandakan pahala kita

Berjalanlah dengan keberkatan Allah

“ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM”

MAJLIS TARBIYAH & KEPIMPINAN NASIONAL GAMIS 2018

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!