TINTA RAMADHAN 3.0 (3 Ramadhan 1439H/19 Mei 2018M)

PERSOALAN: APAKAH PERKARA MAKRUH DILAKUKAN KETIKA BERPUASA?

Menurut mazhab Imam Syafie:

1⃣ Merasai makanan tanpa ada kepentingan. Kalau untuk tukang masak, boleh jika tidak telan dan tidak makruh.

2⃣Terlalu kenyang ketika sahur.

3⃣Banyak tidur waktu siang.

4⃣Memakai celak ketika puasa.

5⃣Memakai wangian, dengar muzik, tonton televisyen. Namun, sunat pakai minyak wangi ketika sebelum fajar atau setelah terbenam matahari.

6⃣Bersiwak selepas zohor.

8⃣Berkumur-kumur tanpa sebab.

9⃣Berbekam.

Seorang sahabat Rasulullah saw, yakni Abu Darda r.a telah berkata:

“Kesempurnaan taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah ( arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram.”

Semoga Allah sentiasa menjaga kita semua.
Fi Hifzillah.

“ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM”

MAJLIS TARBIYAH & KEPIMPINAN GAMIS 2018

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!