TINTA RAMADHAN 6.0 (6 Ramadhan 1439H/22 Mei 2018M)

PERSOALAN: Bagaimana jika ketika sahur, azan Subuh berkumandang, maka air yang ada di dalam mulut terus ditelan. Apakah hukum puasa itu?

Menurut Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki dalam kitabnya Cahaya Yang Menerangi :

Batal puasanya. Masalah yang berkaitan juga ialah umpamanya orang sedang makan, azan berkumandang. Jika dia makan apa yang masih ada di dalam mulutnya, maka batal puasanya.

Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid mengatakan:

“Disunnahkan imsak, ialah bila mana orang yang ingin berpuasa, adalah untuk mencegah orang untuk melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa, tapi kalau orang di waktu imsak ini masih makan apa hukumnya? Selagi masih dalam waktu imsak, dan belum masuk waktu Subuh, maka tidak termasuk pada perkara yang membatalkan puasa kerana puasa belum bermula lagi, puasa bermula setelah terbit fajar, hanyalah makan ketika hendak tiba waktu subuh adalah perkara yang tidak digalakkan tetapi tidak menjejaskan kepada sahnya puasa selagi makan pada sebelum waktu subuh.”

Oleh itu, hikmah adanya waktu imsak agar kita berjaga-jaga dan bersedia daripada perkara yg membatalkan puasa.

#MadrasahRamadhan
#JomJadiLebihBaik

“ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM”

MAJLIS TARBIYAH & KEPIMPINAN NASIONAL GAMIS 2018

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!