TINTA RAMADHAN 7.0 (7 Ramadhan 1439H/23 Mei 2018M)

MUJAHADAH MELAWAN HAWA NAFSU

Di Bulan yang mulia ini adalah bulan yang paling sesuai untuk kita mujahadah atau melatih nafsu kita untuk melakukan perkara-perkara mahmudah dan meninggalkan perkara-perkara mazmumah. Walaupun syaitan di belenggu di bulan yang mulia ini, tetapi makhluk bernama nafsu ini masih lagi berlegar legar di dalam diri manusia.

Itulah sebab banyak manusia bingung mengapa di bulan Ramadhan ini yang dikatakan syaitan telah dibelenggu, tetapi masih lagi berlaku perkara perkara yang bertentangan dengan Islam. Ada lagi manusia yang melakukan dosa.

Ini sebabnya ada nafsu yang berperanan untuk menghasut manusia untuk melakukan mungkar.

Allah SWT berfirman:

ٱلَّذِينَ جَٰهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِـــنِين

“Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu kerana menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjukkan jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69)

Ini jaminan dari Allah. Siapa sanggup melawan hawa nafsunya, Allah akan tunjukkan jalan hingga diberi kemenangan, diberi bantuan dan tertuju ke jalan yang sebenar. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah. Ertinya, mereka mendapat pembelaan dari Allah di dunia lagi. Jadi sesiapa yang sanggup melawan hawa nafsunya, dia adalah Rijalullah.

Jadi hanya dengan melakukan mujahadatunnafsi iaitu mujahadah melawan hawa nafsu, barulah ajaran Islam itu boleh kita amalkan sunguh-sungguh kerana nafsu yang sangat menghalang itu sudah tidak ada lagi.

Barulah maksiat lahir dan batin dapat kita tinggalkan dan hindarkan kerana nafsu yang sangat menyuruh kepada kejahatan itu sudah tidak ada lagi. Nafsu itu sudah kita didik, sudah kita kalahkan, sudah kita jinakkan dan sudah menjadi tawanan kita. InshAllah.

#MadrasahRamadhan
#JomJadiLebihBaik

“ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM”

MAJLIS TARBIYAH & KEPIMPINAN NASIONAL GAMIS 2018

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!