TOWN HALL MEGA ANAK MUDA: TAWARAN MANIFESTO ANAK MUDA SEJAHTERA

Bangi- Dewan Pemuda PAS Malaysia, DPPM dengan kerjasama Jabatan Profesional Muda, JPro Malaysia telah mengadakan program Town Hall Mega Anak Muda semalam yang bertempat di Bangi Convention Centre, Bandar Baru Bangi.

Town Hall Mega Anak Muda adalah bertujuan memberi peluang kepada seluruh anak muda Malaysia bertanyakan serba sedikit persoalan kepada calon-calon anak muda Gagasan Sejahtera mengenai apakah tawaran yang diberikan oleh Pemuda Gagasan Sejahtera kepada anak muda yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan first-time voters menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Seramai 1000 orang anak muda yang telah hadir ke program ini dan, ini menunjukkan bahawa anak muda Malaysia telah mula tertarik dengan tawaran manifesto anak muda Gagasan Sejahtera yang dibawa oleh Pemuda Gagasan Sejahtera.

Harapan daripada anak muda pada PRU ke-14 nanti adalah, Gagasan Sejahtera mampu melaksanakan setiap satu tawaran itu dengan sebaiknya. – GAMIS4PRU 230418

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!