TOWN HALL PRK UIAM : SRC MENANG BESAR UNDIAN TINGGALKAN STUDENTS DEMOCRATIC ALLIANCE (SDA) DI BELAKANG

Gombak : Kehangatan  Pilihanraya Kampus UIAM kian terasa apabila Town Hall SRC IIUM Campus Election yang diadakan pada malam ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada mahasiswa UIAM. Kira-kira hampir lebih daripada 500 orang mahasiswa telah mengambil bahagian dalam program pada malam ini.

Town Hall pada malam ini telah menyaksikan pertembungan antara dua blok kumpulan mahasiswa UIAM yang mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan cara pandang terhadap isu penangguhan PRK UIAM oleh pihak HEP UIAM (tangguh tanpa notis) tempoh hari.

Blok yang pertama ialah blok SRC IIUM (MPP UIAM) yang bertegas agar PRK UIAM mesti dijalankan dengan kadar segera dan disokong oleh SRC IIUM Kuantan (MPP UIAM Kuantan) serta perwakilan daripada SRC International (MPP UIAM wakil antarabangsa).

Blok yang kedua ialah Students Democratic Alliance (SDA). Mereka ialah blok mahasiwa yang menghimpunkan Persatuan Belia Harmoni (HARMONI UIAM) (dahulunya dikenali sebagai IKRAM Siswa UIAM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM UIAM). SDA merupakan blok mahasiswa yang baru timbul di dalam arena politik kampus UIAM dan konsisten dengan idea mereka bahawasanya PRK UIAM mesti ditangguhkan selaras dengan tindakan yang dilakukan oleh HEP UIAM yang menangguhkan PRK UIAM tempoh hari.

Pertembungan antara dua blok mahasiswa ini berlaku dengan rancak sekali disamping penyertaan oleh mahasiswa UIAM yang bertanyakan soalan serta menyampaikan pendapat mereka.

Town Hall berakhir dengan sesi undian yang dilakukan oleh mahasiswa UIAM yang hadir untuk menentukan tarikh PRK UIAM. Keputusan memihak kepada SRC dengan 449 undi, 5 undi rosak dan hanya 71 undi kepada SDA.

GAMIS mengucapkan jutaan tahniah kepada mahasiswa UIAM kerana telah berjaya menunjukkan satu bentuk budaya politik yang matang dan sejahtera dalam membahaskan sesuatu isu politik di kampus. Budaya yang matang ini mestilah dikekalkan dan ditingkatkan agar generasi baharu memahami konsep politik Islam yang sebenar dan meninggalkan budaya politik kuno yang sempit serta tidak bertamadun.

Sekian.

“ Istiqamah Bersama Islam “

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!