Tuntut PRK Bersih : KPM Beri Respon

10698479_829213683775633_2295078056211074591_nKUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akhirnya memberi respon kepada tuntutan Pilihanraya Kampus (PRK) yang bersih dan adil yang didesak oleh GAMIS minggu lalu.

Menerusi Pengerusi Majlis Politik Nasional, Muhammad Najib, beliau menyatakan bahawa beliau telah menerima panggilan daripada KPM, yang menjemput beliau untuk hadir ke sesi meja bulat dan perbincangan mengenai memorandum yang dihantar minggu lepas pada 29/10 (Rabu) jam 11.30 pagi minggu hadapan.

“(Pertemuan tersebut) Akan disertai oleh 7 orang pegawai kanan daripada Jabatan Pengajian Tinggi bersama 4 lagi sahabat yang bersama-sama turut serta menyerahkan memorandum,” kata beliau menerusi laman Facebook beliau.

“Untuk saat ini, saya memuji tindakan KPM kerana mendengar suara kami selepas beberapa siri serahan memorandum yang tidak dilayan sebelum ini,” ujar beliau.

“Namun apa pun, kita tunggu sehingga hari perbincangan nanti,” tambah beliau mengharapkan pengakhiran pertemuan yang berupaya memenuhi tuntutan-tuntutan yang telah disebutkan.

Antara kandungan tuntutan termasuklah mendesak KPM mengisytiharkan tarikh Pilihanraya Kampus dengan segera, menyediakan satu undang-undang pilihanraya yang sama serta mengikut lunas-lunas demokrasi untuk setiap kampus di seluruh negara, menghentikan perlaksanaan sistem e-undi [e-voting] yang sedang dilaksanakan di majoriti kampus IPTA di seluruh negara, serta kembali kepada sistem pengundian secara manual.

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!