UMSKAL: 3 Mahasiswa Digantung 1 Semester

1907319_758971604125458_6614273981079762171_nKOTA KINABALU – Tiga orang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) hari ini yang dihadapkan ke mahkamah universiti dijatuhkan hukuman gantung 1 semester pengajian beserta amaran dari pihak universiti.

Tiga mahasiswa terbabit, Muhammad Fadhil, Liyana Zafirah dan Siti Aisyah Naser disahkan dihukum gantung satu semester pengajian oleh pihak universiti kira-kira pukul 6 petang tadi setelah dibicarakan di bawah Kaedah 9 (3) Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 .

Tertuduh dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengadakan demonstrasi membantah penutupan kedai G-Shoppe oleh pihak universiti pada Februari lalu.

Seramai 16 mahasiswa sekurang-kurangnya didakwa oleh pihak universiti pada 22 Mei yang lalu, 8 daripadanya digantung kolej manakala 3 lagi mahasiswa dijatuhkan hukuman gantung pengajian pada hari ini.

Pada 26 Mei yang lalu, kesemua 16 mahasiswa UMSKAL terbabit disoal siasat seorang demi seorang oleh enam orang panel daripada jabatan perundangan tatatertib di bawah pertuduhan perkara 9(3) iaitu menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang berlanggaran dengan subkaedah (1) dan (2).

Penyiasatan oleh pihak universiti dilihat berat sebelah kerana pihak universiti yang memberikan pertuduhan dalam masa yang sama menghakimi kesemua pihak yang tertuduh.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!