UMSKAL: 3 Siswa Dipanggil 3 Hari Sebelum Perbicaraan

KOTA KINABALU – 3 daripada 16 orang mahasiswa UMSKAL yang mendapat pertuduhan melakukan demonstrasi Februari lalu mendapat surat perbicaraan ke mahkamah universiti pada 3 Jun ini.

Ketiga-tiga mahasiswa terbabit, iaitu Muhammad Fadhil bin Abdul Ghani, Siti Aisyah Naser, dan Liyana Zafirah menerima surat daripada pihak universiti pada petang Selasa semalam untuk tampil ke perbicaraan mahkamah di Universiti Malaysia Sabah Kampus Kota Kinabalu hanya 3 hari sebelum perbicaraan dijalankan.

Menurut jurucakap Pro-Mahasiswa UMSKAL, Muizzudin Yusoff, tindakan ini jelas tidak memberikan ruang yang cukup untuk mahasiswa membuat persediaan menghadapi pertuduhan.

“Universiti jangan layan mahasiswa persis penjenayah! ” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Politik dan Hal Ehwal Semasa Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU), Ahmad Syahmi Amran mengecam tindakan yang dilakukan pihak universiti terbabit yang disifatkannya sebagai tergesa-gesa, berat sebelah dan tidak relevan.umskal2

” Tempoh 3 hari merupakan tempoh yang tidak munasabah untuk mahasiswa membuat sebarang persediaan sebelum menghadapi perbicaraan.

“Jelas, menurut Seksyen 16B(3B) dan 16B(3C), mahasiswa sewajarnya diberi hak untuk bersedia dari segi hujah bertulis dan berhak mencari seseorang untuk mewakili mahasiswa berkenaan semasa perbicaraan dijalankan,” ujar beliau.

Pada 26 Mei lalu, 16 mahasiswa UMSKAL telah dikenakan prosiding tatatertib atas tuduhan menyertai demonstrasi di hadapan Menara Pentadbiran UMSKAL pada 26 Februari lalu bagi membantah tindakan pihak universiti menarik satu lot premis kedai yang telah diuruskan oleh Sekretariat Masjid selama 6 tahun.

Mereka telah dibicarakan di bawah Kaedah 9 (3) Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 iaitu tuduhan menghadiri atau menyertai perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran universiti. Jika disabitkan kesalahanan, mahasiswa ini boleh dihukum samada diberikan amaran, didenda tidak melebihi dua ratus ringgit, dilarang daripada berada di kawasan di Universiti, digantung pengajian atau dipecat daripada universiti.

Perbicaraan selama 5 jam tersebut telah dikendalikan oleh Bahagian Perundangan dan tatatertib yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan UMS, Prof Dr. Shariff Abd. Kadir S. Omang Al-Haj.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!