UMSKAL: 8 Mahasiswa Digantung, 8 Bakal Dibicara

10372776_541282815981353_5476086232066122377_nSABAH – 8 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) digantung kolej manakala 8 mahasiswa lagi bakal dibicarakan oleh pihak universiti kerana mengadakan himpunan aman pada 26 Februari 2014 yang lalu bagi menuntut premis mahasiswa (Gshop) yang ditutup oleh pihak universiti.

Pertuduhan terhadap 16 mahasiswa UMSKAL ini bermula pada 22 Mei 2014 yang lalu dan kesemua tertuduh dipanggil untuk disoal-siasat pada hari yang sama oleh pihak universiti.

Menurut aktivis Pro-Mahasiswa UMSKAL yang juga merupakan salah seorang yang tertuduh, Muizzuddin Yusof, prosiding yang digunakan oleh pihak universiti tidak mengikut prosedur yang sah menyebabkan kesemua 16 mahasiswa yang dipanggil terbabit mengemukakan surat mohon penangguhan prosiding universiti agar universiti menggunakan prosedur yang betul.

Pada hari ini, kesemua 16 mahasiswa (M16) disoal siasat seorang demi seorang oleh enam orang panel daripada jabatan perundangan tatatertib di bawah pertuduhan perkara 9(3) iaitu menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang berlanggaran dengan subkaedah (1) dan (2).

Penyiasatan oleh pihak universiti dilihat berat sebelah kerana pihak universiti yang memberikan pertuduhan dalam masa yang sama menghakimi kesemua pihak yang tertuduh.

Hasil bagi soal siasat terhadap kesemua 16 yang tertuduh menyebabkan 8 daripada mahasiswa terbabit diberikan amaran menyertai himpunan dan digantung dari kolej kediaman selama 1 semester manakala 8 mahasiswa lagi yang telah dibicarakan tetapi tidak dijatuhkan hukuman dan akan dipanggil untuk perbicaraan selanjutnya dbersama Majlis tertinggi lembaga pengarah Universiti Malaysia Sabah.

Berikut merupakan nama-nama yang dihadapkan ke soal siasat:

1)Jamhuri Mohammed
2)Muhd Muizzuddin Yusof
3)Nur Husna
4)Liyana Zafirah
5)Muhd Fadhil Abdul Ghani
6)Azrul azizi
7)Munira Abdul Mutalib
8)Junaidah
9)Jafar Darma
10)Hasnur Faridah
11)Rahimah Mansur
12)Aisyah Naser
13)Irwan Amir
14)Mimi shalina
15)Husna Adilah
16)Muhammad Azhari

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!