UMSKAL: AUKU Perlu Ditentang

DSC_0320KUALA LUMPUR – Kewujudan akta 174 dan AUKU bukan sahaja sudah tidak relevan, bahkan ia patut ditentang oleh mahasiswa sehingga terhapusnya ia sepertimana terhapusnya ISA disebabkan perjuangan rakyat.

Menurut Najib Abdurrahim, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Selepas dunia mahasiswa digemparkan dengan pendakwaan terhadap saudara Fathihie dari kampus UiTM Sabah di bawah akta 174, dunia mahasiswa digegarkan lagi dengan pendakwaan terhadap 16 orang mahasiswa UMS Kampus Antarabangsa Labuan [M16 UMSKAL] di bawah AUKU.

Kesemua 16 mereka ini didakwa kerana telah berhimpun bagi membantah penutupan kedai mahasiswa [yang dikenali sebagai G Shop] oleh pihak universiti tanpa alasan yang kukuh.

“Pendakwaan ini adalah bukti bahawa pindaan AUKU pada tahun 2012 adalah bersifat kosmetik, malah sebenarnya merupakan titik permulaan kepada tekanan yang lebih berat terhadap mahasiswa di Malaysia,” kata beliau.

“GAMIS melihat bahawa kewujudan akta 174 dan AUKU bukan sahaja sudah tidak relevan, bahkan ia patut ditentang oleh mahasiswa sehingga terhapusnya ia sepertimana terhapusnya ISA disebabkan perjuangan rakyat.

“Politikus sudah pasti tidak akan memandang isu mahasiswa, maka mahasiswalah sendiri yang harus bangkit menentang akta drakonian ini!”  Tegas beliau.

Justeru itu, beliau mewakili GAMIS menyeru kepada mahasiswa di seluruh Malaysia untuk terus bersolidariti dan mendoakan kemenangan dan kebenaran akan berpihak kepada 3 mahasiswa terbabit yang akan menghadapi perbicaraan pada 3/6 ini.

“Jika kita tidak mampu menyumbang lebih, maka sumbangkan doa kita, kerana doa itu adalah senjata kita!” seru beliau kepada seluruh mahasiswa.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!