UMSKAL: FlasMob GAMIS Sabah Bantah Kekejaman Universiti

KOTA KINABALU -Sekumpulan mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sabah telah mengadakan flashmob kebebasan bersuara di Gaya Street, Kota Kinabalu semalam bagi membantah tindakan zalim pihak universiti terhadap 16 mahasiswa UMS KAL.

Flashmob yang diketuai oleh Pengerusi GAMIS Sabah, Ahmad Fathihie bermula kira-kira jam 10 pagi semalam disertai oleh hampir 10 orang mahasiswa dari kampus UiTM dan UMS Kota Kinabalu.

Flashmob itu dibuat sebagai respon terhadap beberapa tindakan hal ehwal pelajar yang cenderung menekan mahasiswa yang lantang menyatakan pendapat mereka di laman sosial  atau bertindak menghantar memorandum terhadap isu-isu kampus.

Pada 19 Mei yang lalu, Ahmad Fathihie yang merupakan mahasiswa UiTM kampus Sabah telah dihadapkan ke mahkamah universiti kerana kenyataan beliau di laman sosial yang mengkritik pentadbiran universiti.

Pada hari ini pula, 16 mahasiswa dari UMS Kampus Antarabangsa Labuan pula dihadapkan ke prosiding tatatertib universiti kerana berhimpun di depan kedai mereka yang dirampas oleh pihak pentadbiran universiti.10301545_626236960790092_5279303981170583744_n

Menurut Fathihie Daimin, kerajaan bertanggungjawab menyediakan ruang yang seluas-luasnya kepada mahasiswa untuk menyatakan suara mereka.

“Adalah menjadi tanggungjawab kepada kerajaan untuk menyediakan ruang yang sepatutnya kepada mahasiswa. Cuba bayangkan, orang(mahasiswa) yang belajar politik, yang belajar ekonomi, tetapi tidak boleh bercakap disebabkan akta ini, Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU), Akta 174, dan Akta 555” ujar beliau.

Disamping itu, beliau mewakili mahasiswa mencabar kerajaan dan pengurusan universiti untuk menyatakan pendapat mereka terhadap apa sebenarnya ‘freedom of speech’ atau kebebasan bersuara.

“Saya mencabar kerajaan dan pengurusan universiti untuk menyatakan apa sebenarnya “freedom of speech“. Kebebasan bersuara adalah hak yang diiktiraf oleh dibawah artikel 10 perlembagaan Malaysia”, cabar beliau.

Menurutnya lagi, mahasiswa harus dilihat bebas dan harus bebas untuk menyatakan suara mereka terhadap apa-apa isu yang berlaku dalam negara.

“Mahasiswa bebas untuk menyatakan pandangan, menyatkan kritikan dan memberikan idea. Ini telah diikitiraf oleh perlembagaan”.

Saudara Fathihie yang didakwa oleh pihak universiti UiTM sebelum ini telah dikenakan hukuman gag order  untuk menutup mulut daripada mengatakan apa-apa kritikan terhadap institusi pengajian awam itu.

Flashmob berakhir pada jam 11 pagi dan mendapat reaksi yang baik daripada masyarakat Kota Kinabalu.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!