(Update) Konsert Taeyang : Hentikan Atau Patuhi Garis Panduan

IMG-20150207-WA0061KUALA LUMPUR (Terkini) – Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) sdr Saiful Mujahid (gambar) telah menyerahkan memorandum bantahan konsert ‘2015 Taeyang World Tour Rise In Malaysia yang telah berlangsung di Stadium Negara.

Taeyang yang sudah kali ke dua menjejakkan kaki ke Malaysia, sebelum ini telah menjelajah enam bandar di Jepun dan berjaya mengumpulkan 70,000 peminatnya.

“Kita tidak mahu kejadian tersebut (memeluk gadis bertudung) berulang.” ujar Saiful Mujahid ketika menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil penganjur, En. Ariffin.

Pihak penganjur telah memberi jaminan bahawa kejadian tempoh hari tidak akan berulang dan berterima kasih dengan keperihatinan GAMIS sebagai suara mahasiswa islam di Malaysia.

“Anak muda dan mahasiswa perlu menolak budaya hedonisme melampau. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan gejala tidak bermoral seperti ini.” ujarnya lagi.

Taeyang bukanlah artis luar negara terakhir yang membuat persembahan di Malaysia. Masih terdapat beberapa artis lain lagi yang dijadualkan akan mengadakan konsert di Malaysia dan antaranya adalah “Bii my love : live in Malaysia” yang dijadualkan pada 21 March 2015.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!