USAHA TERAKHIR BANTAH TPPA.

11.1 11.2 11.0

Hari ini merupakan hari terakhir perbahasan TPPA di parlimen. Sidang akan berakhir dengan undian daripada seluruh ahli Dewan Rakyat. Keputusan undian tersebut akan menentukan sama ada Malaysia bakal menandatangani TPPA atau tidak.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini ke Bangunan Parlimen Malaysia untuk menyampaikan memorendum sebagai usaha terakhir untuk menasihatkan ahli parlimen agar membantah TPPA yang bakal membawa kemudharatan kepada negara khususnya untuk generasi mendatang.Terima Kasih diucapkan kepada ahli parlimen yang sudi turun bersama mahasiswa, antaranya YB Ust Idris Ahmad (Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS) dan YB Marzuk Shaary.

Dalam keadaan ketidak stabilan ekonomi negara dan kelemahan pemimpin negara sekarang, kita sangat khuatir dengan nasib masa depan negara dalam keputusan yang dibuat oleh kerajaan. GAMIS berpendirian, TPPA harus ditolak oleh kerajaan, dalam masa yang sama kerajaan harus membangunkan dengan cara tersendiri tanpa terikat dengan perjanjian seperti ini.

Semoga Allah merahmati negera Malaysia dan memberi hidayah dan taufiq kepada kepimpinan negara.

GAMIS MALAYSIA

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!