Usrah Gerakan Mahasiswa Islam : GAMIS Seru Permuafakatan

IMG-20140312-WA0032KAJANG : GAMIS menyeru usaha permuafakatan mengenai isu-isu yang menyentuh umat Islam diperkemaskan bersama dengan gerakan mahasiswa Islam yang lain bagi mencapai kesepakatan umat Islam secara keseluruhannya.

Menurut Abdul Malik, Presiden GAMIS, gerakan mahasiswa Islam perlu bersepakat dalam usaha-usaha menyelesaikan kemelut isu yang melanda umat Islam khususnya berkaitan pengaplikasian syariah, isu antarabangsa dan hak serta hubungan sesama agama dan bangsa.

Beliau bercakap demikian ketika bersama-sama dalam program usrah bersama dengan wakil gerakan mahasiswa Islam lain antaranya Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), IKRAMSISWA, dan HALUANSISWA.

“Saya mencadangkan penubuhan segera Majlis Permuafakatan sesama kita bagi membincangkan mengenai masalah umat Islam hari ini di Malaysia khususnya dari kapasiti mahasiswa itu sendiri,” ujar Malik.

Usrah ini buat pertama kali diadakan sebagai inisiatif mengumpulkan wakil-wakil mahasiswa Islam dari pelbagai front. Ia merupakan hasil usaha kerjasama dan akan dianjurkan secara berkala.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!