UTM MENGUNDI HARI INI!

Identiti Mahasiswa yang baru ditubuhkan pada tahun ini.

Tahun 2018 telah menjadi saksi mekarnya budaya politik yang segar dalam PRK UTM berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. PRK UTM telah menyaksikan pertembungan yang sengit diantara blok Politik Identiti Mahasiswa UTM dan Aspirasi Evolusi UTM. Kedua-dua blok ini mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri dan saling bertungkus-lumus mendapatkan undi daripada mahasiswa UTM.

Evolusi Mahasiswa

PRK UTM juga telah mencatat rekod sebagai diantara kampus yang paling pendek tempoh berkempen mereka iaitu sekadar 2 hari berkempen. Tempoh ini adalah tempoh yang sangat pendek dan tidak meraikan proses demokrasi dalam kampus UTM. Mereka bermula dengan proses penamaan calon pada 22 Oktober yang lalu dan telah berakhir kempen mereka sehingga jam 11.59pm semalam iaitu 24 Oktober 2018. Walaupun begitu, ketempangan demokrasi yang ada di UTM ini tidak melemahkan semangat mereka untuk terus berjuang memenangkan calon mereka masing-masing.

Kami keluarga GAMIS mengucapkan selamat berjuang kepada semua yang bertanding dan selamat mengundi buat semua mahasiswa UTM.

Sekian.

” Istiqamah Bersama Islam ”

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!