Yang Dipertua MPP UM Letak Jawatan

10336683_882539491772460_9060584372913018644_nKUALA LUMPUR – Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPP UM) sesi 2013/2014, Muhammad Kamarul Setapa hari ini secara rasminya meletakkan jawatan beliau sebagai pemimpin pelajar nombor satu universiti terbabit.

Beliau yang merupakan mahasiswa tahun 3 Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran melepaskan jawatan beliau disebabkan faktor kesihatan setelah menghidapi penyakit jantung dan buah pinggang yang semakin kritikal dan meruncing sebelum ini.

Menurut Setiausaha Agung MPP UM, Fahmi Zainol, surat perletakan jawatan Muhammad Kamarul telah dihantar secara rasmi kepada Naib Canselor UM oleh beliau sendiri beberapa hari yang lalu dan telah disahkan oleh Pejabat Naib Canselor pada hari ini dengan keizinan Naib Canselor Universiti Malaya.

“Masa yang berbaki hampir 6 bulan lagi, namun saudara Kamarul secara rasminya hari ini sah meletak jawatan beliau sebagai YDP UM sesi kali ini,” ujar beliau dalam kenyataan rasmi menerusi laman sosial peribadi beliau.

“Secara rasminya mesyuarat tergempar untuk pemilihan YDP MPPUM baru akan diadakan esok malam, 27.5.2014. Jam 8 malam DP 2 KPS UM yang akan dikendalikan oleh saya sendiri,” tambahnya.

Muhammad Kamarul Setapa dilantik sebagai Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Universiti Malaya sesi 2013/2014 setelah beliau memenangi kerusi umum pada Pilihanraya Kampus Universiti Malaya pada September yang lalu atas tiket Pro-Mahasiswa.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!